batch 1 dinamakan ROP 1, batch 2 dinamakan ROP 2 dan seterusnya.
Barang-barang ROP terdiri dari 2 kumpulan, iaitu
1. Purchased Biomedical Equipment (PBE) atau barang BELI
2. New Biomedical Equipemnt (NBE) atau barang SEWA
Barang2 dibekal melalui ROP ada sticker QMS dan nombor seri dlm sticker dinamakan BE number.
Untuk barang BELI, ia mula dengan SLP dan untuk barang sewa ia mula dengan SLN.
contoh, alat atas ada sticker QMS yang nombor SLNSCI105, dimana SLN menunjukkan ia adalah aset sewa.
Apa bezanya SEWA(NBE) dan BELI(PBE)
1. NBE adalah dimiliki oleh QMS dan PKD sewa dan banyar sewa setiap bulan. Selepas 8 tahun hak miliknya akan dipindah kpd PKD
2. PBE adalah QMS belikan bagi pihak kita dan QMS akan melakukan maintenance selepas warranty asal void
3. Oleh kerana PBE adalah pembelian (facilitated oleh QMS) maka ada tatacara khas semasa penerimaan aset PBE.
Tatacara penerimaan PBE (BELI)
1.Pegawai yg tandatangan Borang T&C Checklist adalah Pegawai YANG SAMA tandatangan T&C Certificate
2.Pegawai yg tandatangan T&C Certificate adalah Pegawai Dari Fasiliti yg dinyatakan di dalam T&C Certificate
3.Pegawai yg menurunkan tandatangan merupakan End-User bagi peralatan biomedikal tersebut.
Alatan PBE Perlu didaftar dlm SPA (Sistem Pengurusan Aset), maka dokumen yang diiring bersama penghantaran PBE oleh syarikat pembekal perlu diserah kpd Pegawai Aset di PKD utk pendaftaran Aset dlm masa 14 hari penerimaan.